Wednesday, 17 June 2015

setelah meninggalkan blog berhabuk...


gambar tidak ada kena-mengena yer..hihi


assalammualaikum w.r.t..

Since aku dah berabad lamanya tak membuka blog, kini lah masanya..hahahaha..
bersempena dengan hari yang baik, bulan yang baik..1st Ramadhan..alhamdulillah berkesempatan saya yer..-_-

Not too much to talk, aku bersyukur dengan kehidupan yang Allah kurniakan. setiap detik tu terasa ada pertolonganNya sehingga la umur aku dah 24 tahun and nearing to 25 y.o..(tua dah oi!!)

And macam dulu, im still single..huahua..(member ramai dah kahwin..ada yang dapat anak kembar lagi). Tapi aku percaya, jodoh, mati, ajal and rezeki tu secret Allah..Allah nak buat surprise kat kita kan...so we do the best, lets Allah decide the rest..insyaAllah...^_^V


Friday, 19 April 2013

menghabiskan masa bersama cik insuran..baek tak i?huahuahua..

assalamualaikum...

hari tu, dalam 1 week sebelum birthday aku, sementara nak tunggu waktu zohor, and nak mengelakkan aku tidur selepas berhempas pulas membantu ibu mengemas rumah..(ececece,siap mentioned tolong ibu kau...rajin gittew..boys,sila apply form jadi suami i..kihkih) aku pun duk melayan detective conan kat ceria 611. Tengah2x melayan, aku perasan fon mak aku dok berdering...

Duh,aduh,aduh,aduh...aku tertipu..............
duh,aduh,aduh,aduh...aku merana.....
duh,aduh,aduh,aduh..aku sengsara.....
duh,aduh,aduh,aduh,robek hatiku.....robek hatiku.....

kalau sekali dua tak apa lah jugak..berkali-kali..mula2x aku tengok mak aku dok perhati,pastu dia letak atas meja,tak angkat..ish,dah kenapa mak aku ni? takkan lah ada...... sebab tu taknak angkat coz ada aku kat situ..(lumrah manusia,berfikiran -ve)..

aku :sape call? aku tanya...
mama :entah,number tak kenal..awak jangan nak memandai...biar jek,lama2x dia senyap..
(ish,mak aku ni,nampak bebenor ai anak dia ni suka dok melayan,padahal hakikatnya tak..betullll,saya tak suka melayan number tak kenal)..
aku :mana ada..try la tanya sape..kot2x orang penting..agak2x banyak songeh,sound sekali..(**memberi idea + batu api)
mama :ha, awak try la angkat..

**berdering lagi**

aku : hello,assalamualaikum..
dia : selamat pagi cik.
aku : sape ni?
dia : saya dari bank...........
aku : (kan da agak,penting ni,orang bank )owh, nak ape?
dia : kami ingin membuat semakan berkaitan maklumat peribadi cik..nama cik .......(nama mak aku)
aku : jap,untuk ape ni?
dia : pihak bank ada menyediakan perkhidmatan insurans (nama insurans aku lupa) untuk setiap pemegang akaun.
aku : motif??
dia : jika berlaku sebarang kemalangan,sama ada membawa maut atau tidak, dengan membeli insurans melalui bank,cik layak untuk meng-claimed insurans ini.
aku : ooo...tak ape kot,ada insurans dah..
dia : cik tak perlu risau, cik tidak perlu membuat sebarang pembayaran, pihak bank akan menolak setiap bulan dari akaun simpanan cik. boleh cik sahkan number akaun yang saya nyatakan .........(sebut number akaun)
aku : saya tak kata nak pun..
dia : tak ape cik. kami ingin mengesahkan sahaja sekiranya pemegang akaun ini masih aktif.
aku : tadi kata nak jual insurans,yang mana satu ni...
dia : kami ingin sahkan dahulu..sila sahkan nama dan number ic yang saya sebut ini...(sambil sebut nama mak aku)
aku : sorry la,esok saya pergi bank sahkan..sekarang bz ni  (setelah hampir 20 min layan,baru kata bz) sorry yer...
**letak fon**

mesti lepas tu kononnya orang yang kata dia pegawai bank tu memaki hamun aku...kihkihkih

Friday, 5 April 2013

Doa dan Amalan untuk memikat Hati Lelaki Idaman.

Assalamualaikum w.b.t..

saya bukan lah seorang cikgu untuk bagi nasihat, bukan seorang kaunselor untuk memberi motivasi,dan jauh berkilo-kilo batunya meletakkan diri ini sebagai seorang ustazah untuk memberi ceramah tentang doa dan amalan memikat si dia lelaki idaman...***hewhew skema gittew...

cuma sekadar ingin berkongsi tentang sesuatu yang berguna untuk kita orang perempuan..(dah macam jual produk pulak)IAITU......................


mungkin apabila ingin membeli buku ini di kedai2x buku, dan menunjukkan kepada ibu sebelum membelinya, ibu akan kata," dah gatal ke apa kau ni?masak tak pandai, nak kawen"..(berdasarkan pengalaman)..namun begitu,isi kandungan nya bukan lah sekadar berunsur nasihat,atau motivation. Ia lebih kepada doa2x khususnya kepada kita,sebagai perempuan untuk dipraktikkan dalam mempersiapkan diri,menjaga diri, memelihara diri untuk mencintai DIA sebelum belajar mencintai seorang manusia bergelar Lelaki.

bohong lah kalau kita tidak mempunyai seseorang yang menjadi idaman untuk dijadikan pasangan halal. seperti tajuknya, pengisiannya juga mengandungi doa2x untuk kita dalam usaha memikat hati si dia.

tak rugi apa pun beli buku ni, malah lebih mendekatkan kita pada Allah. khususunya untuk perempuan, buku ni dapat membantu kita supaya selalu ingat Allah,tapi bukan time susah jek okey baru nak buka buku, then cari doa yang sesuai..dah senang,lupa..bukan...tapi jadikan sebagai panduan, jadi perempuan baik pada Allah.....

**maaf kalau terustazah pulak.....nak kongsi jek....
(^________^)




Thursday, 21 February 2013

kembali menaip.....

assalamualaikum w.r.t



salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..*** patriotik gittew..hewhew

kembali menaip???yeah itu la dia. dah lama tinggalkan blog ni tanpa apa2x penulisan. unlimited reading katanya. tak unlimited langsung, huh!! **sambil buat muka sakit hati. 

Tapi insyaAllah, dengan azam yang kuat start tahun ni,akan ada pengisian yang ingin dikongsi untuk hiburan dan peringatan bersama...AZAM ni, jangan main2x...hope sudi2x la membaca yer..kihkihkih...

bubye....

Tuesday, 19 June 2012

bila tak tahu nak tulis apa...

assalamualaikum...


(ehem2x...header baru)

ni lah kerja aku bila nak update blog tapi tak jadi sebab tak tahu nak tulis apa kan.. yeah!!aku suka sangat tukar2x header. hahaha. (entry tak seberapa, header je lebih). before ni dah tukar dah, tak sampai berapa bulan dah tukar lagi. hehehe. link blog unlimited reading, konon macam banyak sangat benda nak baca kan, tapi hampeh!!. tapi aku suka sangat dapat buat header transparent, orang kata nak something,tapi tak tahu buat kena belajar, so, aku belajar buat header macam ni daripada satu blog ni. outdated jugak lah aku ni,sebab baru tahu buat header macam ni.ciss!!.

korang boleh view blog ini  (klik words berwarna) untuk tahu macam mana nak buat header yang transparent tu. yang dah tahu,okey duduk diam2x. and kalau nak edit2x tu, aku guna photoscape,senang sangat...okey,bubye....

p/s: selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa...heee
credit to: pemilik blog yang bagi tutorial transparent header...

Sunday, 27 May 2012

kahwin

As'salam..

Kalau kat Malaysia ni, ada macam2x musim. Musim buah-buahan lah, musim penyakit lah, musim orang kahwin lah, musim cuti-cuti Malaysia lah. HAA!! ingat kat luar negara jek boleh tukar2x musim. Hahaha. So, kali ni aku nak cerita trip aku ke Segamat, Johor untuk attended wedding keluarga mertua paksu aku.Haha trip la sangat,sehari je pun. Cuti sekolah kan, dah start lah musim kawin2x ni.

So, aku pergi dengan family aku. Mula2x tu da cancel sebab tayar kereta ayah aku dah meletup masa kita orang on the way nak balik dari UO Mall seminggu lepas.(see, begitu banyak mak aku shopping sampai meletup tayar kereta), but yang pelik sampai rumah baru perasan. Aku tak tahu lah meletup ke tak tayar tu, dah semua pakat kata meletup,ha yela,meletup la...al maklum lah saya perempuan kan, tak tau pasal kereta ni,saya tau pasal tumbuk sambal kat dapur jek...( **sambil duduk bersimpuh,depan lesung batu)..Tapi mungkin jugak Tuhan nak bagi kami panjang umur,Alhamdulillah....

Okey,berbalik kepada cerita tadi,paksu aku pun bagi pinjam kereta dia. aku dengan family pun gerak dari rumah dalam pukul 10 pagi, dan alhamdulillah sampai dalam pukul 12.45 tengah hari macam tu. Then,baru aku tahu yang Segamat tu jauh. Oleh kerana aku ikut jalan lama dan tidak melalui highway atas cadangan mak aku, then aku pun baru tahu jugak lah, yang dengan mengikuti jalan lama tu, seperti aku berpusing-pusing di litar Sepang. Dari rumah aku nak ke Tangkak tu okey la lagi, but seriously, dari Tangkak sampai ke Segamat jalan dia,...bengkok sana,bengkok sini. Kiri kanan pun kebun getah dan kelapa sawit jek. Mak aku cakap kat situ area felda, so ada jugak lah nampak 2 tiga longgok rumah.

Sepanjang jalan tu, aku cuma nampak kolej komuniti, UiTM Segamat, dengan giat mara, tak nampak sekolah pun. Pandai budak-budak Felda, terus masuk U..hikhikhik (gurau saja)..eh, mungkin ada sekolah, aku je kot tak perasan. Then, sampai rumah pengantin, memang kena lah masa makan. aku pun mengurangkan level "ke-cover-an" aku sebanyak 40% untuk mengambil nasi yang banyak. lapar kot!!..dah lah tu, ambil nasi kat line orang lelaki. nasib baik tak ada lelaki ambik nasi masa tu,aku dah ambik baru perasan salah line. Hahaha.

After makan, mak aku pun ajak pergi jumpa tuan rumah, nak balik awal katanya. tiba-tiba ada budak hulur kertas kat aku,aku pun berkata,"eh2x, nak apa dik?" "nak "sain"(autograph)"katanya. Hatiku pun berkata, "wah, bangga!!". Paksu aku pun menyampuk,"memang semua tetamu tinggalkan "sain", pengantin mintak.jangan nak perasan lah kau glamour"......what????? ada pulak pengantin macam ni, macam lah dia kenal aku. Aku pun tinggalkan lah "sain"  tu, hope lah pengantin buat frame lepas ni. Then, aku and family pun gerak lah balik...


untuk menjadikan perjalanan selama 2 jam setengah, dan hanya makan di rumah pengantin yang tak sampai sejam itu berbaloi, on the way balik, aku pun cuci2x mata kat tangkak. As u know, kain nak buat baju raya kat sana sangat murah.so, datang2x lah ke Tangkak (**promote)...

Saturday, 26 May 2012

saya suka melakar (1)

as'salam

yeah!! aku suka melakar (sketching). Melukis pun suka jugak. Since kecik, banyak pertandingan melukis aku masuk. dan kebanyakannya alhamdulillah dapat no 1 (ceh!! tu pun nak bagitahu). Tapi tak lah hebat mana pun. alah, orang kata apa tu, hobi?? haaaa....hobilah...

 

pada aku, kalau tak pandai lukis muka sendiri, jangan harap kau boleh lukis muka orang lain, tahu? aku pun try2x lah lukis. banyak kali cuba,boleh lah ada iras2x muka aku kan???hehehe..



yang ni aku main hentam jek.. aku pun tak tahu kat mana. hahaha. yang tengok semua tanya, ni kat gerai ikan bakar mana ni? (sebab macam kat tepi laut katanya, semua bajet macam kat restoran ikan bakar). padahal seriously, aku tak tahu kat mana.hehe


okey tu saja...**lah dua lukisan jek??...intro macam banyak sangat dah lukis. haha. actually nak melakar ni serius senang, tapi kalau takda mood lukisan tu tak kan jadi cantik. so, sebagai anak perempuan, komitmen aku teramat la banyak.(komitmen la sangat!!!) and masa nak melakar ke melukis ke sangat terhad. betul2x free baru aku boleh melakar.hehehe.


note pad: bukan pandai sangat pun lukis, ni pun lukisan zaman bila..hehehe