Sunday, 27 May 2012

kahwin

As'salam..

Kalau kat Malaysia ni, ada macam2x musim. Musim buah-buahan lah, musim penyakit lah, musim orang kahwin lah, musim cuti-cuti Malaysia lah. HAA!! ingat kat luar negara jek boleh tukar2x musim. Hahaha. So, kali ni aku nak cerita trip aku ke Segamat, Johor untuk attended wedding keluarga mertua paksu aku.Haha trip la sangat,sehari je pun. Cuti sekolah kan, dah start lah musim kawin2x ni.

So, aku pergi dengan family aku. Mula2x tu da cancel sebab tayar kereta ayah aku dah meletup masa kita orang on the way nak balik dari UO Mall seminggu lepas.(see, begitu banyak mak aku shopping sampai meletup tayar kereta), but yang pelik sampai rumah baru perasan. Aku tak tahu lah meletup ke tak tayar tu, dah semua pakat kata meletup,ha yela,meletup la...al maklum lah saya perempuan kan, tak tau pasal kereta ni,saya tau pasal tumbuk sambal kat dapur jek...( **sambil duduk bersimpuh,depan lesung batu)..Tapi mungkin jugak Tuhan nak bagi kami panjang umur,Alhamdulillah....

Okey,berbalik kepada cerita tadi,paksu aku pun bagi pinjam kereta dia. aku dengan family pun gerak dari rumah dalam pukul 10 pagi, dan alhamdulillah sampai dalam pukul 12.45 tengah hari macam tu. Then,baru aku tahu yang Segamat tu jauh. Oleh kerana aku ikut jalan lama dan tidak melalui highway atas cadangan mak aku, then aku pun baru tahu jugak lah, yang dengan mengikuti jalan lama tu, seperti aku berpusing-pusing di litar Sepang. Dari rumah aku nak ke Tangkak tu okey la lagi, but seriously, dari Tangkak sampai ke Segamat jalan dia,...bengkok sana,bengkok sini. Kiri kanan pun kebun getah dan kelapa sawit jek. Mak aku cakap kat situ area felda, so ada jugak lah nampak 2 tiga longgok rumah.

Sepanjang jalan tu, aku cuma nampak kolej komuniti, UiTM Segamat, dengan giat mara, tak nampak sekolah pun. Pandai budak-budak Felda, terus masuk U..hikhikhik (gurau saja)..eh, mungkin ada sekolah, aku je kot tak perasan. Then, sampai rumah pengantin, memang kena lah masa makan. aku pun mengurangkan level "ke-cover-an" aku sebanyak 40% untuk mengambil nasi yang banyak. lapar kot!!..dah lah tu, ambil nasi kat line orang lelaki. nasib baik tak ada lelaki ambik nasi masa tu,aku dah ambik baru perasan salah line. Hahaha.

After makan, mak aku pun ajak pergi jumpa tuan rumah, nak balik awal katanya. tiba-tiba ada budak hulur kertas kat aku,aku pun berkata,"eh2x, nak apa dik?" "nak "sain"(autograph)"katanya. Hatiku pun berkata, "wah, bangga!!". Paksu aku pun menyampuk,"memang semua tetamu tinggalkan "sain", pengantin mintak.jangan nak perasan lah kau glamour"......what????? ada pulak pengantin macam ni, macam lah dia kenal aku. Aku pun tinggalkan lah "sain"  tu, hope lah pengantin buat frame lepas ni. Then, aku and family pun gerak lah balik...


untuk menjadikan perjalanan selama 2 jam setengah, dan hanya makan di rumah pengantin yang tak sampai sejam itu berbaloi, on the way balik, aku pun cuci2x mata kat tangkak. As u know, kain nak buat baju raya kat sana sangat murah.so, datang2x lah ke Tangkak (**promote)...

No comments:

Post a Comment